Salam semua,
Tergerak plak ati aku nak tulih blog kat Fs neh walaupun aku rasa banyak lagi blog aku tu yang aku bleh tulihkan..tapi aku rasa baik aku share kan disini jek sebab senang,semua kekawan aku dapat baca info neh..
Actually hari Isnin lepas aku dapat satu surat yang cukup mengejutkan..surat apa eh?Adakah surat yang mengatakan aku menang RM1 Juta?hahaha..tak de la..
Surat itu adalah dari Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran Malaysia dimana dengan sukacitanya surat itu memberitahu aku bahawa aku telah berjaya dalam temuduga yang lalu,dimana aku telah ditawarkan perkerjaan dalam sektor awam di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia..jawatannya pula adalah sebagai Pembantu Tadbir Gred N17 (Pengkeranian & Operasi) yang mana aku ditempatkan di Jabatan Pelajaran Negeri Perak. Pada mulanya aku agak dilema bila memikirkan yang aku neh sedang belajar,sem akhir plak tu,sem depan aku dh start praktikal..
Setelah aku mendapatkan nasihat dari lecturer aku dan juga dari ramai pihak,lecturer aku cakap bleh tukar ke part time punya course dan jadikan tempat kerja aku tu sebagai tempat untuk aku Latihan Industri..so secara tak langsung..setel dah le prob aku dalam masa 3 hari..hehe..baru tadi gi tukar ke part time course iaitu start pada 6.30 petang dan kelas aku ada satu jek..hanya hari Rabu pada setiap malam..wawah..best2…
Alhamdulillah syukur diucapkan ke hadrat Allah walaupun skang ni ramai orang diberhentikan kerja berikutan kegawatan ekonomi skang ni, tapi aku plak dapat plak kerja dalam sektor awam dan diberi status jawatan tetap plak tuh..best2..
Secara rasminya minggu depan bersamaan 25hb Februari aku akan melaporkan diri di Hotel Casuarina dan akan menginap selama 3 hari untuk taklimat dari pihak SPP.Biasa la..nak masuk ‘keje gomen’..hehe..berita ini juga merupakan satu petanda yang agak baik yang aku bleh meneruskan lagi pengajian aku serta aku boleh menumpukan sepenuh perhatian kepada bisnes internet aku yang selama ni aku buat secara part time dan modal nak invest pun ciput jek.
So lepas ni memang aku akan concentrate pada online business aku kerana sudah hampir 3 tahun aku kenali bisnes internet ini dan income yang aku dapat takla sehebat otai2 lain diluar sana..boleh la cukup makan..buat pun tak bleh concentrate sebab asik gi cc jek..banyak abih duit wo..
Kepada yang taktau aku buat internet bisnes ape eh?ha..itu tunggu la nanti bila aku dah dapat steady income dari online bisnes,baru la aku reveal and share ngan korang nanti dalam bentuk ebook atau pun video..insyallah..doakan kejayaan aku jekk..